Melakukan rawatan muka di rumah kedengaran seperti merumitkan dan memakan masa yang lama sedangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan. Bagaimanapun, jika difikir secara logik, rawatan muka di rumah sebenarnya lebih MUDAH.



Sediakan bahan/produk yang diperlukan dan luangkan hanya 25 minit untuk melakukannya.

Bahan/Produk:


  ~ Pembersih wajah  ~ Krim untuk pengelupasan (scrub)  ~ Air hangat  ~ Pupur/Mask (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)  ~ Pelembap


Caranya:


1. Bersihkan wajah


Bertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah. Untuk kulit berminyak dan 
           kombinasi, gunakan gel pembersih manakala untuk kulit kering, tambahkan   
           penggunaan susu pembersih.


2. Pengelupasan


Gunakan jari tangan, sapukan scrub dalam gerakan membulat pada wajah yang lembap. 
           Tumpukan pada Zon-T (hidung dan dahi) jika kulit anda jenis kombinasi. Apabila 
           selesai, basuh wajah anda sehingga bersih.


3. Pengewapan


Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Kenakan wajah pada wap  
           daripada air panas berkenaan. Boleh juga gunakan tuala yang dicelup ke dalam air 
           panas bercampur sedikit air sejuk lalu ditekan lembut pada wajah sebanyak 2 hingga 
           3 kali.


4. Pupur/mask


Jika mempunyai kulit berminyak, gunakan pupur daripada bahan berasaskan tanah liat. 
           Jika berkulit kering, gunakan pupur berasaskan gel atau krim hidrasi. Sapukan untuk 
           tempoh 10 hingga 20 minit. Hindarkan kawasan mata. Apabila kering, bolehlah 
           dibersihkan dengan air biasa.

Bagi pemakaian mask, gunakan pemakaian mask yang mengandungi serum yang sesuai 
           dengan keadaan kulit anda. 


5. Pelembap


Langkah akhir, sapukan krim pelembap pada wajah. Elakkan menggunakan krim dengan 
           kandungan retinol kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas.

Luangkan masa rawatan pada sebelah malam sebelum tidur kerana kulit mudah menyerap zat dalam mood rehat dan memperbaiki kulit pada waktu tidur..... 


0 comments:

Post a Comment