Air adalah salah satu keperluan sangat penting dalam kehidupan kita. Back to the school, dalam sains kita belajar at least 70% ~ (dewasa) komposisi air dalam badan kita (most of it in blood la....).
Air sangat penting untuk pemprosesan dalam tubuh badan, umpama minyak pelincir kepada kenderaan, kalau baik sesuatu minyak tersebut maka baik la proses enjin kenderaan berfungsi dan kalau sebaliknya begitulah dengan sistem pemprosesan kilang dalam tubuh manusia.
So, lets check it out apa manfaat air untuk kulit kita.....
Pengambilan air putih yang cukup dan konsisten menyebabkan tubuh mudah melaksanakan penyerapan air, sekaligus mengelakkan kulit kering dan berkerut.
Air berfungsi sebagai penyegar dan penyingkir kumuhan dan toksin... So if level toksin dalam tubuh rendah agi mudah penyerapan pemakaian produk penjagaan kulit.
Selain serat, air juga bantu penghadaman dan pencernaan makanan yg kita makan. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman. Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan. Penghadaman penting untuk mengelak sembelit... Apa penting yer sembelit and kulit??? The answer is untuk mengelakkan kulit kita kusam dan berjerawat...
Membekalkan oksigen kepada semua organ coz 90% oksigen terdapat dari sumber air. That why banyak wanita sekarang ambil rawatan ozon ~ bersih darah dan menambahkan pengoksigenan dalam darah supaya kulit jadi lebih anjal dan awet muda.
Air mampu mengurangkan stres. Seperti yang mizz sebutkan, 70% hingga 80%
badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami
dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres. Apabila
anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi. Apabila
anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih
ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda
nampak lebih muda dan cantik.
Air juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran
darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
A few tips untuk minum air pada masa yang
sesuai akan memaksimakan keberkesanannya..
2 gelas selapas bangun pagi
~ membantu menghidupkan semua organ dalam badan kita.
1 gelas 30 minit sebelum makan
~ akan mambantu sistem penghadaman agar berjalan dengan lebih lancar dan
sempurna.
1 gelas sebelum mandi
~ akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi atau boleh menyelaraskan
tekanan darah kita agar berada pada tahap yang sesuai.
1 gelas sebelum tidur
~ dapat membantu menggelakkan dari terkena strok dan serangan jantung.
Dan air minuman yang terbaik ialah air Zam-Zam. Air yang baik untuk tubuh badan adalah air yang bersifat alkali. Oleh kerana itu, air Zam Zam adalah air yang terbaik sekali kerana ia bersifat alkali yang tinggi. Air alkali adalah tinggi Antioksidan (Membenteras Radikal Bebas), Mengatasi lebihan Asid Laktik di dalam tubuh, Membekalkan banyak oksigen, Meningkatkan Tenaga, Mempercepatkan Penyembuhan, Menawar & Mengingkirkan Toksik, Anti Kanser (sel kanser tidak boleh hidup di dalam keadaan beralkali), Membantu mengawal berat badan, Kaya dengan mineral Magnesium, Kalsium, Potasium & Sodium dan nutrien lebih mudah di serap oleh sel badan.
Adakah anda minum air dengan cukup?
Melalui saranan
pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari
iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang
mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.