RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.



Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.


Limau gedang (grapefruit)
  • Kajian mendapati buah limau besar mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

Oren
  • Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

Epal
  • Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

Beri
  • Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

Tembikai
  • Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

Anggur
  • Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.
Melakukan rawatan muka di rumah kedengaran seperti merumitkan dan memakan masa yang lama sedangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan. Bagaimanapun, jika difikir secara logik, rawatan muka di rumah sebenarnya lebih MUDAH.



Sediakan bahan/produk yang diperlukan dan luangkan hanya 25 minit untuk melakukannya.

Bahan/Produk:


  ~ Pembersih wajah  ~ Krim untuk pengelupasan (scrub)  ~ Air hangat  ~ Pupur/Mask (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)  ~ Pelembap


Caranya:


1. Bersihkan wajah


Bertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah. Untuk kulit berminyak dan 
           kombinasi, gunakan gel pembersih manakala untuk kulit kering, tambahkan   
           penggunaan susu pembersih.


2. Pengelupasan


Gunakan jari tangan, sapukan scrub dalam gerakan membulat pada wajah yang lembap. 
           Tumpukan pada Zon-T (hidung dan dahi) jika kulit anda jenis kombinasi. Apabila 
           selesai, basuh wajah anda sehingga bersih.


3. Pengewapan


Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Kenakan wajah pada wap  
           daripada air panas berkenaan. Boleh juga gunakan tuala yang dicelup ke dalam air 
           panas bercampur sedikit air sejuk lalu ditekan lembut pada wajah sebanyak 2 hingga 
           3 kali.


4. Pupur/mask


Jika mempunyai kulit berminyak, gunakan pupur daripada bahan berasaskan tanah liat. 
           Jika berkulit kering, gunakan pupur berasaskan gel atau krim hidrasi. Sapukan untuk 
           tempoh 10 hingga 20 minit. Hindarkan kawasan mata. Apabila kering, bolehlah 
           dibersihkan dengan air biasa.

Bagi pemakaian mask, gunakan pemakaian mask yang mengandungi serum yang sesuai 
           dengan keadaan kulit anda. 


5. Pelembap


Langkah akhir, sapukan krim pelembap pada wajah. Elakkan menggunakan krim dengan 
           kandungan retinol kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas.

Luangkan masa rawatan pada sebelah malam sebelum tidur kerana kulit mudah menyerap zat dalam mood rehat dan memperbaiki kulit pada waktu tidur..... 


Tidur sangat penting untuk mengembalikan tenaga kita untuk hari seterusnya. Tapi pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat tul nak bangun dari katil? Ntah la, badan ni lesu semacam aje. Haha… bila berdepan situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.


Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh… ini tak boleh jadi nih.

Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 6 tip yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur, sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.

6 tip yang mizz maksudkan adalah:


Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.

Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan dan menjejaskan kecantikkan kulit anda..... Kalau tak silap, mizz pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!

Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.

Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.

Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.

Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.

Begitulah 6 tip bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi.